Hoya ni cantik kalau biar dia melilit pada batang pokok...kalau hanya daun melekap pada batang pokok sahaja tanpa bunga pun dah nampak cantik. oleh kerana rumah aku takde pokok besar, jadi aku letak aje dalam pasu plastik. Media yang digunakan adalah sphagnum moss dan perlu dipastikan selalu lembab.
Ada terpikir nak cari kayu yang tahan lasak dan biar dia melilik dan caunnya melekap pada kayu tu...
Aku ada 2 jenis H. imbricata ni :-
1) H. imbricata "yellow". Bunganya berwarna kekuninga.
Cuba perhatikan gambar diatas, dari pada 2 daun masa dapat cutting hoya ni sekejap aje telah bertambah daunnya. Perhatikan juga gambar dibawah ada satu daun yang cuba melekapkan dirinya pada tepi pasu.
2) H. imbricata - yang ni jenis yang biasa je, tapi bunganya cantik la jugak.