Ramai orang tanya macam mana ek nak semai hoya ni... senang ke nak hidup... nak semai pakai ape? pelbagai persoalan terlintas di fikiran sekiranya kita masih samar-samar tentang spesis hoya ni...
Spesis hoya sebenarnya tumbuhan yang senang untuk membiak....... kebiasaannya pembiakan yang dilakukan adalah melalui keratan batang. Tetapi ada juga spesis yang sukar untuk disemai melalui teknik ini. Media semaiaan samaada tanah ataupun sphagnum moss dan pastikan pemilihan jenis media itu tidak menakung air terlalu lama...
Kali ni aku nak share skit pasal nak semai hoya menggunakan cutting... tapi kali ni aku akan menerangkan penyemaiaan menggunakan media sphagnum moss.
Lihat je la step by step gambar kt bawah ni...
1) Sediakan keratan batang hoya... pastikan batang hoya yang diambil mempunyai sepasang atau dua pasang mata tunas (mata tunas terletak di celah ketiak daun)... macam mana pulak kalau dapat-dapat cutting tu tak ada daun?... jangan panic... kalau tak pasti dimana atas dimana bawah, cucukkan aje kedua-dua bahagian hujung ke dalam media... tunas baru pasti akan muncul juga nanti.
No comments:
Post a Comment