HOYA SPARTIOIDES

Hanya satu malam sahaja bunga hoya ni kembang. Jika dilihat pada pokoknya tiada sebarang daun yang tumbuh dan kalau tumbuh pun akan gugur tidak berapa lama selepas tu. Asal Hoya ni dari Borneo dan agak sukar untuk didapati sekarang. Bunga mempunyai sedikit bau lembut seakan getah terbakar. Pertumbuhannya agak perlahan dan jika telah mendapat kesesuaiaan tempat akan kerap berbunga.




HOYA BELLA

Lama juga la nk tunggu cik bella ni berbunga.. banyak kali juga flower peduncle muncul setiap kali pucuk baru keluar tapi tak tahu la apa sebabnya semuanya gugur. ni la kali pertama berbunga di laman.



HOYA LASIANTHA

Plant
Leaves: olive green, 26 cm long, 12 cm wide
Growth habit: shrubby
Flowers
No. in a cluster: 15 
Size: 1 cm (measured over the corona),  2.6 cm (flat)  
Colour: orange corolla, pale yellow corona 
Form: reflexed
Scent: weak
Nectar: no 
Lastingness: at least two weeks 









LAGI-LAGI DIA

Emmmmm... asyik dia aje nak kembangkan kecantikan yang dimilikinya... dah lah putih semurni salju... ewahhhhh...macam lirik lagu pulak. Dua bulan lepas aku tukarkan tempat pokok ni dari bahagian belakang rumah ke bahagian depan untuk memperlihatkan kemeriahannya membungakan diri tapi selama sebulan lebih mogok tak nak berbunga... pelik jugak aku, apa yang salah... emmm mungkin dia ni pemalu sikit kot... aku pindah kan kembali dia ke belakang rumah dan tak sampai seminggu dia mengeluarkan putik bunga....